Automasi Perakaunan

Hanya keluarkan invois, rekodkan pembayaran dan perbelanjaan. Financio akan menguruskan perkara-perkara lain seperti menghasilkan borang perakaunan dan rekod cukai untuk anda.

e-Invois

Buat invois yang profesional dan hantarkannya kepada pelanggan anda secara elektronik melalui e-mel hanya dengan beberapa klik.

Sesuai untuk SST Malaysia

Financio adalah sesuai untuk SST-Malaysia, anda boleh keluarkan cukai seperti yang disyorkan oleh Kastam Diraja Malaysia hanya dengan beberapa klik.

Bekerjasama

Hantar dan terima mesej serta berkongsi fail yang berkaitan dengan urus niaga dengan pelanggan atau pembekal anda, tanpa mengira sama ada mereka menggunakan Financio atau tidak.

Sambungan Financio

Hubungkan perniagaan anda dengan perniagaan lain di Financio. Transaksi, mesej, fail dan kemas kini boleh dihantar dan dibalas dengan mudah.

Pengguna yang Tidak Terhad

Ajak rakan kongsi, akauntan, penyimpan kira-kira, pekerja jualan dan berikan kebenaran akses yang sesuai bagi mereka untuk mengurangkan beban kerja anda.

Panel pemuka berbilang bahasa

Financio hadir dalam tiga bahasa! Untuk menjadikan perakaunan anda lebih mudah, anda boleh memilih untuk menggunakan Financio dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Rekod Bank

Rekod Bank membenarkan anda untuk mengimport penyata bank secara automatik ke dalam akaun bank atau akaun kad kredit anda daripada bank dan institusi kewangan lain.

Invois Berulang

Jika perniagaan anda perlu menghantar jumlah invois yang sama berulang kali, kenapa anda tidak tetapkannya secara automatik! Sekarang anda boleh hantarkan invois secara automatik kepada pelanggan anda setiap minggu, setiap bulan, setiap 3-bulan, setiap 6-bulan atau setahun sekali.

Kebenaran Fleksibel

Tetapan kebenaran yang sangat disesuaikan (hanya boleh baca, buat atau luluskan) pada setiap modul untuk membolehkan anda memberi kebenaran tepat kepada pekerja anda.

Carta & Laporan

Carta dan laporan langsung di hujung jari anda apabila anda memerlukannya. Anda sentiasa dikemas kini dan mempunyai idea yang lebih baik tentang bagaimana status kemajuan perniagaan anda.

Berasaskan Dalam Talian / Awan

Perisian perakaunan berasaskan talian / berasaskan web. Akses data anda di mana saja dengan mana-mana mudah alih, tablet atau komputer yang bersambung. Untuk PC, Mac, Android atau iOS.

Sandaran Langsung

Semua data yang disimpan di Financio hadir dengan satu salinan sandaran langsung dan salinan kedua sebagai sandaran harian, jadi anda tidak perlu risau tentang kehilangan data anda lagi.

Sangat selamat

Kami menggunakan keselamatan tahap perbankan di pelayan kami dan untuk data yang dipindahkan antara mesin anda dan pelayan kami. Data anda selamat dengan kami.

Sokongan Responsif

Pangkalan pengetahuan kami memberikan jawapan segera kepada anda. Selain itu, ejen sokongan kami akan berbesar hati menjawab pertanyaan anda melalui perbualan langsung / e-mel.

Unit Pengukuran (UOM)

Kaitkan unit pengukuran anda dengan harga dan kos bagi setiap produk. Sebaik di konfigurasi, sistem akan secara automatik memaparkan harga yang relevan ketika anda membeli, membeli atau menjual. Jejaki semua unit anda dengan yakin hari ini!

Menerima Barang

Jejaki inventori stok anda berserta pembelian anda. Dengan ciri yang mudah digunakan ini, anda mampu mengemas kini barang yang diterima dengan pantas ke inventori anda.

Bina Item

Jejaki barang yang siap dan komponennya dengan mudah. Ciri ini menyokong pemasangan dan peleraian barang yang siap. Perlu mengulangi proses? Hanya tetapkannya untuk terbina automatik hari ini!

Penjejakan Inventori Pelbagai Lokasi

Dengan fungsi pintar Financio, pelbagai lokasi, anda boleh mengekalkan tahap stok anda setiap masa. Tingkatkan inventori anda, pastikan anda mempunyai tahap stok optimum pada lokasi dan waktu yang tepat.

Kaedah Pengiraan Kos

Financio menyokong dua kaedah pengiraan stok inventori -First In First Out (FIFO) & Purata Kos. Pilih kaedah penetapan kos inventori yang betul bagi mengira kos inventori yang paling tepat serta tolak dari pendapatan bercukai anda. Ambil langkah untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak.

Antaramuka Mesra Pengguna

Dibangunkan pada paparan tab moden dengan ruang kerja yang luas, membolehkan lebih fleksibiliti hanya dengan sedikit klik. Hasilnya, anda boleh menyiapkan kerja dengan lebih pantas.

Modul Bajet

Alat perancangan yang penting untuk menjejaki cara perniagaan anda membelanjakan, menerima dan belanjawan wang. Rancang dan jejak belanjawan anda dengan mudah, dan dapatkan gambaran keseluruhan masa nyata aliran tunai perniagaan anda hari ini.

Makluman Stok

Jangan terlepas pandang barang yang akan kehabisan stok lagi. Sistem ini akan memberitahu anda apabila barang inventori anda kehabisan stok. Cara terbaik untuk memastikan anda memaksimumkan hasil anda sambil mengekalkan keuntungan yang besar.

Sambungan Platform

Perkasakan pengembangan perniagaan anda dengan sambungan platform di Financio daripada bank, perisian gaji pekerja dan gerbang pembayaran.Sambungan data masa nyata dari platform tersebut akan meningkatkan ketepatan data dan meningkatkan produktiviti.

Integrasi Applikasi

RHB

Sambungkan akaun bank RHB anda dengan selamat bersama Financio. Dapatkan laporan masa nyata, simpan kira secara automatik, pembelian & invois, pengurusan aliran tunai dan laporan cukai.

Integrasi JomPAY

Kumpulkan pembayaran dengan pantas, berkesan dengan kos yang rendah dan sambungan mudah melalui mana-mana bank di Malaysia. Pelanggan anda akan menikmati kemudahan dan kesenangan membayar anda dari mana-mana bank.

Integrasi StoreHub

Storehub, membantu pemilik perniagaan menguruskan dan membina perniagaan mereka dengan Sistem POS iPad, Pengurusan Inventori, Pengurusan Hubungan Pelanggan, Pengurusan Runcit, dan Omnichannel.

Integrasi Kakitangan

Kakitangan.com merupakan platform atas talian bagi SME, memudahkan HR dengan menyediakan anda satu platform untuk menguruskan pembayaran gaji, manfaat, maklumat pekerja anda dan banyak lagi.

iKEY Edutech

Digitalisasikan operasi pusat pendidikan anda dan automatikkan tugas perakaunan dan percukaian anda dengan iKEY Edutech dan Financio.

Lazada

Menyelaraskan harga & inventori perniagaan E-dagang Lazada anda bersama Financio dengan lancar. Ucapkan selamat tinggal kepada kemas kini stok secara manual apabila jualan masuk.

Integrasi mooPayroll

Sambungkan akaun Financio anda dengan mooPayroll. Setiap kali anda menjalankan senarai gaji, catatan jurnal akan dibuat dan diselaraskan secara automatik ke Financio anda.

Integrasi Tembo Pay

Perisian awan senarai gaji dan HR di Malaysia untuk perniagaan kecil. Permudahkan cara anda melaksanakan tugasan gaji dan sumber manusia setiap hari dengan Tembo Pay. Biarkan data gaji anda diselaraskan secara automatik dengan Financio.

Integrasi bersama Financio dan memajukan perniagaan anda

Klik untuk menyerahkan permintaan permohonan anda, dan kami akan berkongsi dokumentasi API kami dengan anda.

MENJADI RAKAN INTEGRASI

MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA

Menjadi rakan kongsi integrasi Financio akan membantu anda mengembangkan komuniti pengguna anda dan memberikan manfaat yang besar kepada pangkalan pelanggan kami.

SEGERAK DENGAN LANCAR

Bekerjasama dengan API Financio untuk menjimatkan masa pengguna, menjana pelanggan yang lebih gembira dan setia.

MENINGKATKAN FUNGSI

Gembirakan pengguna dengan integrasi yang cemerlang dan meningkatkan fungsi dan proses untuk memberikan pengalaman yang lancar.